May 24, 2013

Tadika Si Comel kakak Fatin

Assalamualaikum

lama dah xmenulis dalam blog ni.dah penuh sawang nampaknye...sebelum tu nk tanye la ape kabor semue...sihat ke miker.aku sekeluarga alhamdulillah...harap semu dilindungi ALLAH SWT.

hari ni aku nk citer sikit pasal anak aku yang sulung..Kakak Fatin.udah 5tahun dh umurnya.sekolah dh pn.sepanjang persekolahan ni Alhamdulillah...xpernah menimbulkan masalah.harap2 berterusan.

Semperna festival Belia Putrajaya 2013 ni kakak menyertai pertandingan mewarna..dapat no.3dari 20org peserta yang mengambil bahagian.tahniah untuk anak papa.Papa doakan kakak jadi anak yang berjaya dunia akhirat..insyaallah

Jom layan gambar...
makan roti dan minum air kotak...penganjur bagi..tq

ni la hasil lukisan kakak...cantik tak?

hadiah tempat ke-3...tq Agrobank...

beramah mersa dgn Dj dan maskot Agrobank...

bergambar bersama kawan2,cikgu2 tadika,pegawai dan maskot agro bank...tq all..





Apr 5, 2013

Makna Bacaan Dalam Solat


Assalamualaikum..

Hari ini saya nk berkongsi dengan pembaca semua mengenai makna bacaan dalam solat(copy paste dari http://azizie.com-terima kaih tuan blog). Bacaan dalam solat kita adalah doa kita kepa Allah. Tetapi ramai yang tidak ambil tahu walaupun dari kecil lagi kita bersolat. Jadi disini saya mengingatkan diri saya dan pembaca untuk menghayati dan mengamalkan sepanjang masa...Insyaallah.


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Apr 4, 2013

Sahabat Sahabat Rasulullah



Terdapat 3 syarat yang wajib yang perlu diambilkira sebelum seseorang itu layak digelar sebagai sahabat nabi iaitu, seseorang yang hidup di zaman baginda dan bersua muka atau mendengar suara baginda (kerana terdapat beberapa sahabat baginda yang buta). Kedua mereka yang beriman dengan baginda iaitu mereka yang percaya dengan kenabian baginda. Yang terakhir adalah mereka yang mati di dalam islam kerana terdapat beberapa orang yang hidup dan bersua dengan baginda serta beriman dengan baginda tetap murtad apabila kewafatan baginda.
  • Abbad ibn Bishr
  • Abdullah ibn Abbas
  • Abdullah ibn Amru
  • Abdullah ibn Hudhafah As-Sahmi
  • Abdullah ibn Jahsy
  • Abdullah ibn Mas’ud
  • Abdullah ibn Rawahah
  • Abdullah ibn Salam
  • Abdullah ibn Umar
  • Abdullah ibn Umm Maktum
  • Abdullah ibn Zubair
  • Abdur Rahman ibn Auf
  • Abu Ayyub al-Ansari
  • Abu Dzar al-Ghifari
  • Abu Musa Al-Asya’ari
  • Abu Hurairah
  • Abu Said Al-Khudri
  • Abu Sufyan ibn Al-Harits
  • Abu Ubaidah Al-Jarrah
  • Abu Darda’
  • Abul As ibn ar-Rabiah
  • Adi ibn Hatim
  • Ammar ibn Yasir
  • Amru Al-Ash
  • Amr ibn Jamuh
  • Anas ibn Malik al-Ansari
  • An-Nuayman bin Amr
  • At-Tufail ibn Amr ad-Dawsi
  • Aqil ibn Abi Thalib
  • Asma binti Abu Bakar
  • Barakah
  • Bara’ ibn Malik al-Ansari
  • Bilal bin Rabah
  • Fairuz Ad-Dailami
  • Habib ibn Zaid al-Ansari
  • Hanzalah ibn Abu Umayr
  • Hajar ibn Adi
  • Hakim ibn Hazm
  • Hamzah bin Abdul Muttalib
  • Harits ibn Abdul Muthalib
  • Huzaifah Al-Yamani
  • Ikrimah ibn Abu Jahal
  • Ja’afar ibn Abi Thalib
  • Julaibib
  • Khabbab ibn al-Aratt
  • Khalid bin al-Walid
  • Miqdad Al-Aswad
  • Muaz ibn Jabal
  • Muawiyah ibn Abu Sufyan
  • Muhammad ibn Maslamah
  • Mus’ab ibn Umair
  • Nu’man ibn Muqarrin
  • Nu’man ibn Basyir
  • Nuaim ibn Mas’ud
  • Rabiah bin Ka’ab
  • Ramlah binti Abu Sufyan
  • Rumaysa binti Milhan
  • Sa’ad ibn Abi Waqqas
  • Sa’ad bin Ubadah
  • Sa’ad ibn Muaz
  • Said ibn Amir al-Jumahi
  • Said ibn Zayd
  • Salim Maula Abi Huzaifah
  • Salman Al-Farisi
  • Suhaib Ar-Rumi
  • Suhail ibn Amr
  • Talhah ibn Ubaidillah
  • Thabit ibn Qais
  • Thumamah ibn Uthal
  • Ubaidah al-Harits
  • Ubay ibn Ka’ab
  • Umair ibn Sa’ad al-Ansari
  • Umair ibn Wahab
  • Ummu Salamah
  • Uqbah ibn Amir
  • Usamah ibn Zaid
  • Utbah ibn Ghazwan
  • Uwais Al-Qarni
  • Zayd ibn Khatab
  • Zaid ibn Harithah
  • Zaid ibn Thabit
  • Zubair ibn Awwam

Mar 28, 2013

Kurma





Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya :

 "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

h_dd26.jpg (19498 bytes)

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

h_dd27.jpg (32536 bytes)

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.