Oct 29, 2010

Qistina 2tahun

santai..ngajo membaca

bersama mama di railway station ipoh,pk

anak dara aku ni dah pandai posing.masa ni makan malam kat restoran nasi ulam(bangi).bkn ade majlis hari jadi pun.mengamuk mintak topi ni.sebagai bapak tebal le muka aku mintak dari tokey kedai tu....tapi ok la aku boleh makan dengan aman...daj dapat ape yang die nak..

ragam anak aku pagi hari...mcm ni la rupenyer masa aku hantar die ker nursery tiap2 pagi.kadang2 ok kadang xok..kalu xok jwbnyer lambat la aku sampai opis..

huhhh...dah macam anak dara plak anak aku ni.dapat spek mata cukup suka die..cantik tak??

Oct 13, 2010

Siri Kewangan tentang masa depan kewangan anak anda.


Ada beberapa soalan yang perlu anda jawab sebelum saya meneruskan siri kewangan ini..
1. Sudahkah anda membukan akaun simpanan untuk anak anda?
2. Adakah wang simpanan tersebut di simpan di tempat yang betul?
3. Apakah matlamat kewangan simpanan anak anda tersebut? Pendidikan atau kesenangan?
4. Adakah anda membuat potongan gaji setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun anak anda?

1.Di mana tempat yang baik, sesuai dan memberikan keuntungan dalam jangka masa yang panjang?
Anda boleh pilih antara TIGA :
a) Tabung Haji - 5% setahun
b) ASD (Amanah Saham Didik) - 6%-7% setahun
c) Emas - secara puratanya 20% setahun!
atau.. anda boleh pelbagaikan dengan menyimpan di dalam ketiga-tiga jenis diatas.

2. Berapa yang anda perlu tabungkan setiap bulan di dalam akaun anak anda?
Secara mudahnya, tabungkan sebanyak mana yang anda mampu untuk anak anda. Jika tidak, saya syorkan RM20 sebulan iaitu RM10 dari suami dan RM10 dari isteri (minimum).
RM20 sebulan = RM240 setahun.
Dengan pulangan sebanyak 6% setahun selama 17 tahun iaitu dari anak anda lahir sehingga tamat SPM, jumlah tabungan akan menjadi RM6,771.09. Keuntungan yang diperolehi daripada simpanan ialah RM2,691.09.

Itu kalau RM20 sebulan, kalau RM50 sebulan?
Tabungan anak anda akan menjadi RM16,927.73 selepas 17 tahun!
Ini semua tidak termasuk duit raya yang diperolehi oleh anak anda setiap tahun. Katalah secara purata duit raya yang anak anda perolehi ialah RM200 dalam setahun dan anda menabung RM50 setiap bulan.
Bermakna, anda menabung ke dalam akaun anak anda adalah sebanyak RM800 setahun. berapa jumlah tabungan anak anda selepas 17 tahun dengan kadar pulangan ialah 6% setahun?
Jumlahnya ialah RM22,570.30!

Dengan duit sebanyak itu, anda boleh merancang untuk anak anda..
- Yuran pengajian
- Kos hidup sepanjang anak anda berada di Universiti
- Wang untuk mula hidup secara berdikari

dan sebangainya.. AJAIB kan? Hanya RM50 jer sebulan!
Maka dengan sebab itulah, simpanlah dan tabunglah wang anak anda ke dalam akaun simpanan yang memberikan pulangan yang terbaik untuk masa depan anak anda.
Walaupun nilainya hanya RM10 sekalipun, ia akan  menjadi BESAR dalam jangka masa yang panjang!