Dec 6, 2011

Jalan-Jalan Menara KL

Assalamualaikum

Dah lama xbercerita pasal family dalam blog aku ni..sedar xsedar dah nk habis tahun 2011...2012 bakal menjelma.usia pn makin meningkat...anak2 pn makin membesar..hidup makin hari penuh dengan cabaran dan dugaan...dunia makin canggih...semoga memelihara kita semua..
Insyaallah...
Pada cuti umum Awal Muharam (27/11/2011) aku sekeluarga berkesempatan melawat Menara KL.Sebelum naik ke menara dibawah nya ade pameran rumah tradisional di mlaysia mengikut negeri..sempat la tgk sekejap walau pn cuaca agak panas sikit..

Lepas tu baru naik kemenara..tp sebelum tu beli tiket dulu...RM30 tp kene tunjuk I/C.kalu pelancong luar negara harga tiket RM45.tiket ni pakage yang basic jer.dapat naik menara jerlh.kalu pakage lain tu byk la dpt masuk..

Menara KL dgn ketinggian 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996.

Diatas menara tinjau kami berpeluang melihat pemandangan sekitar lembah Klang..tropong khas juga disediakan...diatas ni jg terdpt gerai2 cenderamata...

Laluan jalan kaki ke pameran rumah tradisional negeri2 di Malaysia

Isteri dan anak2 bergambar didalam Rumah Perak

Inilah Rumah Perak(kampung aku)

KLCC dan kawasan sekitar dari menara KL

tropong yang disediakan...Qistina anak aku pn berminat...hehehh

Dec 5, 2011

Sekilas Doa Di Hari Lahirku


Kisah Empat Pemuda

Dengan berat hati kita harus diakui, keruntuhan moral masyarakat sekarang ini dilihat dari keruntuhan mentaliti pemuda-pemudinya. Walaupun orang dewasa pun banyak melakukan maksiat, kita boleh lihat pelaku seks bebas adalah pemuda, mat rempit adalah pemuda, peragut adalah pemuda, penyokong muzik barat adalah pemuda dan kebanyakan penagih dadah adalah pemuda.
Mudahnya, hancurnya masyarakat kita adalah jelas oleh kehancuran akhlak pemudanya. Kebanyakan pemuda pada masa ini sudah kehilangan segala-galanya;capability, identiti dan integriti.
Kisah berikut semoga boleh menjadi pelajaran berharga bagi kita. Kisah ini akan memberi gambaran kepada kita Bagaimana sesunggunya karakteristik ideal dari seorang pemuda. Dari cerita berikut setidaknya kita akan mendapat petunjuk mengenai takwa kepada Allah Swt, rasa tanggungjawab, mengambil berat, serta makna persaudaraan:
Pada Zaman Khalifah Omar Bin Khattab R.A, ada seorang pemuda sedang mengembara. Dia menggunakan unta yang akan digunakan sebagai kenderaannya.


Di tengah perjalanan, dia menemui sebuah tempat rehat yang ditumbuhi rumput hijau yang segar. Dia berhenti di situ untuk beristirahat sejenak. Pemuda itu kemudian duduk di bawah pohon. Kerana terlalu penat, akhirnya dia tertidur. Semasa dia tidur, tali untanya terlepas, sehingga unta itu merayau ke sana ke mari. Akhirnya, unta itu masuk ke dusun yang ada berdekatan. Unta itu memakan tanam-tanaman dan buah-buahan di dalam dusun. Unta itu juga merosakkan banyak tanamannya.
Penjaga kebun adalah seorang lelaki tua. Lelaki tersebut berusaha mengusir unta itu, namun dia tidak berjaya. Kerana bimbang unta itu akan merosakkan seluruh kebunnya, lelaki tua pun membunuhnya. Setelah terjaga, pemuda itu mencari untanya. Akhirnya, dia menemui unta itu telah bergelimpang mati di dalam kebun tersebut.
Pada masa itu, lelaki itu datang. Pemuda itu bertanya, “Siapa yang membunuh unta milikku ini?” Lelaki tua itu lalu menceritakan apa yang telah dilakukan oleh unta itu. Kerana risau akan merosakkan seluruh isi kebun, maka dia terpaksa membunuhnya.
Mendengar perkara itu, pemuda tak dapat menahan amarahnya. Oleh kerana tidak dapat mengawal kemarahannya serta-merta dia memukul lelaki tuan punya dusun itu. Malangnya, lelaki itu meninggal ketika itu juga. Pemuda itu amat menyesal atas apa yang dilakukan. Pada masa yang sama, datanglah dua orang pemuda yang merupakan anak kepada lelaki tadi.
Mengetahui ayahnya telah tidak bernyawa lagi dan disebelahnya berdiri pemuda itu, mereka lalu menangkapnya. Kemudian, keduanya membawa pemuda tadi menghadap Amirul Mukminin; Khalifah Omar bin Khattab RA.
Mereka berdua menuntut dilaksanakan qisas (hukum bunuh) kepada pemuda yang telah membunuh ayah mereka. Lalu, Khalifah Omar bertanya kepada pemuda tadi. Pemuda itu mengakui perbuatannya. Dia benar-benar menyesal atas apa yang telah dilakukannya.
Khalifah Omar lalu berkata, “Aku tidak punya pilihan lain kecuali melaksanakan hukum Allah terhadapmu”.Pemuda tadi dengan lapang dada menerima keputusan tersebut. Dia kemudian meminta kepada Khalifah Khalifah Omar, agar diberi waktu dua hari untuk pulang ke kampungnya, sehingga dia boleh berjumpa keluarganya serta boleh membayar hutang-hutangnya.
Khalifah Omar kemudian berkata, “Hadirkan padaku orang yang menjamin, bahawa kau akan kembali lagi kesini. Jika kau tidak kembali, orang itu yang akan diqisas sebagai ganti dirimu.”
Pemuda itupun menjawab,
“Wahai Amirul Mukminin, Aku orang asing di negeri ini, aku tidak boleh mendatangkan seorang penjamin.”
Salah seorang sahabat mulia, ABU DZAR AL-GHIFARI RA (yang ketika itu usianya boleh dikategorikan masih muda) secara kebetulan hadir di majlis tersebut. Beliau kemudian berkata, “Hai Amirul Mukminin, ini kepalaku, aku berikan kepadamu jika pemuda ni tidak datang lagi setelah dua hari.”
Dengan terkejut, Khalifah Omar berkata, “Apakah kau yang menjadi penjaminnya, wahai Abu Dzar, sahabat Rasulullah?,” “Benar, ya Amirul Mukminin,” jawab Abu Dzar lantang.
Pada hari yang telah ditetapkan untuk pelaksanaan hukuman qisas, orang ramai tidak sabar menantikan datangnya pemuda itu.
SANGAT MENGEJUTKAN! Dari jauh mereka melihat pemuda itu datang dengan memacu kudanya. Dia tiba di tempat pelaksanaan hukuman. Orang-orang memandangnya dengan penuh takjub.
Khalifah Omar bertanya kepada pemuda itu, “Mengapa kau kembali lagi ke sini anak muda, padahal kau boleh menyelamatkan diri dari maut?”
Pemuda itu menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, aku datang ke sini agar jangan sampai orang-orang berkata, ‘TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG MENEPATI JANJI DI KALANGAN UMAT INI’. Dan agar orang-orang tidak mengatakan, ‘TIDAK ADA LAGI PEMUDA SEJATI YANG BERANI BERTANGGUNGJAWAB PERBUATANNYA DI KALANGAN UMAT INI”
Lalu, Khalifah Omar melangkah ke arah Abu Dzar Al-Ghiffari dan berkata, “Dan kau wahai Abu Dzar, bagaimana kau boleh berani menjamin pemuda ini, padahal kau tidak kenal dengan pemuda ini?”
Abu Dzar menjawab, “Aku lakukan itu agar orang-orang tidak mengatakan BAHAWA TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG BERSEDIA BERKORBAN UNTUK SAUDARA SEAGAMA DALAM UMAT INI.”
Mendengar itu semua, dua orang pemuda anak lelaki yang terbunuh pun ikut berkata, “Sekarang tiba giliran kami, wahai Amirul Mukminin, kami bersaksi di hadapanmu bahawa pemuda ini telah kami maafkan, dan kami tidak meminta apa pun darinya! Tidak ada yang lebih utama dari memberi maaf jika mampu. Ini kami lakukan agar orang tidak mengatakan BAHAWA TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG BERJIWA BESAR, YANG MAHU MEMAAFKAN SAUDARANYA DI KALANGAN UMAT INI.”
SUBHANALLAH, Kisah di atas sangat mempesonakan. Inilah gambaran tentang pemuda sejati, pemuda-pemuda kaya hati. Keempat pemuda dalam kisah di atas menggambarkan kepada kita siapa itu Pemuda Sejati, Pemuda Impian banyak Hati.