Nov 4, 2011

Rebutlah 10 hari Pertama Dalam Bulan Zulhijjah


Gambar sekedar hiasan...Musim haji yang panas sudah tidak lagi panas oleh kerana banyaknya pokok yang ditanam dan ada semburan air bercampur angin.

Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu. Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.

Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu. Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga” (HR al-Bukhari & Muslim)

Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH ` Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.


Apakah amalan-amalan itu?

1. Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan Allah?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).” (HR al-Bukhari)

2. Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)

3. Solat `Eidul-Adha

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha” - Hadith riwayat Abu Daud: 1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.

“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.” - Hadith riwayat Abu Daud: 1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.

4. Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi. Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.” - Ibn Majah: 3117 dan at-Tirmizi: 1412

Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.

Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.

Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Oct 31, 2011

10 Solat Yang Tidak Diterima ALLAH

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu TIDAK dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan JAUH dari Allah.”
Selamat Beramal...Insyaallah

Senarai Dosa-Dosa Besar

1. Menyekutukan Allah s.w.t. dengan mana-mana makhluk (Syirik)
2. Membunuh manusia tanpa sebab
3. Melakukan perbuatan Sihir atau mempelajari ilmu sihir
 4. Meninggalkan solat fardhu
5. Tidak membayar zakat
6. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan tanpa uzur syar’i
7. Tidak menunaikan haji walaupun mampu
8. Derhaka kepada kedua ibubapa
9. Memutuskan hubungan silaturrahim
10. Melakukan zina
11. Tidak menunaikan hak anak dan isteri
12. Membiarkan jiran kelaparan sedangkan dia kekenyangan
13. Homoseksual (hubungan sesama jantina)
14. Mengambil, memberi serta menulis harta Riba
15. Makan harta anak yatim dengan kejam
16. Sumpah dusta dengan menggunakan nama Allah dan rasulNya.
17. Melarikan diri dari medan jihad
18. Pemimpin yang menipu dan kejam terhadap rakyatnya
19. Melakukan sumpah palsu
20. Menjadi atau bersaksi palsu
21. Judi dan sebarang bentuk pertaruhan
22. Minum arak atau minuman yang memabukkan
23. Menuduh perempuan baik berzina
24. Mencuri kerana kemegahan dan kemewahan
25. Merompak
26. Melakukan kezaliman terhadap orang yang lemah
27. Menafikan hak kepada orang yang berhak
28. Mengajar orangramai tentang hukum tetapi diri tidak melakukannya
29. Mengumpul kekayaan dari sumber yang haram
30. Bunuh diri
31. Berbohong
32. Hakim yang derhaka
33. Memberi rasuah dalam masalah hukum
34. Wanita menyerupai lelaki (tomboy, penkid) dan lelaki menyerupai wanita (pondan).
35. Perkahwinan cina buta
36. Kencing tidak dibersihkan sesuci-sucinya
37. Mempelajari ilmu untuk tujuan keduniaan serta bisu dalam menyatakan kebenaran.
38. Penipu dan khianat dan riya’ (sombong)
39. Mengungkit-ungkit pemberian
40. Menyalahkan takdir
41. Mencari kesalahan orang lain (menjagaa tepi kain orang)
42. Mengadu domba (melaga-lagakan antara dua orang)
43. Membuat fitnah
44. Mengutuk orang islam
45. Mengingkari janji
46. Mempercayai dukun, bomoh, sihir dan Ahli Nujum.
47. Nusyuz (isteri derhaka kepada suami dan sebaliknya)
48. Membuat atau mengukir patung
49. Menampar pipi atau menyiksa badan ketika berdukacita
50. Berbuat buruk terhadap orang yang lemah, kanak-kanak, isteri dan binatang
51. Menganggu jiran tetangga
52. Melabuhkan pakaian untuk menyombong
53. Lelaki yang memakai sutera dan emas sebagai pakaian atau perhiasan
54. Menyembelih binatang selain kerana Allah s.w.t.
55. Mengaku bapa sendiri kepada ayah angkat
56. Menamakan anak angkat dengan berbinkan namanya.
57. Berdebat dan memusihi orang lain.
58. Menipu dalam timbangan dan perniagaan.
59. Merasa aman dari kemurkaan Allah
60. Putus asa dari rahmat Allah
61. Meninggalkan solat jumaat tanpa uzur
62. Mengubah wasiat
63. Mengintip orang Islam dan menyebarkan rahsianya
64. Mencela Nabi Muhammad s.a.w.
65. Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Islam
66. Menolak hadits nabi s.a.w.
67. Mengingkari ayat al-Qur’an atau menghina al-Qur’an
68. Melakukan rasuah.
69. Melanggar hukum faraid
70. Mengampu pemerintah kerana kepentingan diri
71. Berbangga dan sombong dengan anak-anak atau harta yang banyak
72. Pecah amanah
73. Tua tetapi masih berzina
74. Riak dan menunjuk-nunjuk
75. Bertenung nasib
76. Menyambut Hari Valentine
77. Dayus atau redha atau membiarkan anak dan isteri melakukan maksiat dan dosa
78. Membunuh bayi
79. Menggugurkan janin
80. Menagih dadah

Semoga sama-sama kita menghindari dari melakukan dosa-dosa diatas...
Pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita....
INSYAALLAH...