Oct 13, 2010

Siri Kewangan tentang masa depan kewangan anak anda.


Ada beberapa soalan yang perlu anda jawab sebelum saya meneruskan siri kewangan ini..
1. Sudahkah anda membukan akaun simpanan untuk anak anda?
2. Adakah wang simpanan tersebut di simpan di tempat yang betul?
3. Apakah matlamat kewangan simpanan anak anda tersebut? Pendidikan atau kesenangan?
4. Adakah anda membuat potongan gaji setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun anak anda?

1.Di mana tempat yang baik, sesuai dan memberikan keuntungan dalam jangka masa yang panjang?
Anda boleh pilih antara TIGA :
a) Tabung Haji - 5% setahun
b) ASD (Amanah Saham Didik) - 6%-7% setahun
c) Emas - secara puratanya 20% setahun!
atau.. anda boleh pelbagaikan dengan menyimpan di dalam ketiga-tiga jenis diatas.

2. Berapa yang anda perlu tabungkan setiap bulan di dalam akaun anak anda?
Secara mudahnya, tabungkan sebanyak mana yang anda mampu untuk anak anda. Jika tidak, saya syorkan RM20 sebulan iaitu RM10 dari suami dan RM10 dari isteri (minimum).
RM20 sebulan = RM240 setahun.
Dengan pulangan sebanyak 6% setahun selama 17 tahun iaitu dari anak anda lahir sehingga tamat SPM, jumlah tabungan akan menjadi RM6,771.09. Keuntungan yang diperolehi daripada simpanan ialah RM2,691.09.

Itu kalau RM20 sebulan, kalau RM50 sebulan?
Tabungan anak anda akan menjadi RM16,927.73 selepas 17 tahun!
Ini semua tidak termasuk duit raya yang diperolehi oleh anak anda setiap tahun. Katalah secara purata duit raya yang anak anda perolehi ialah RM200 dalam setahun dan anda menabung RM50 setiap bulan.
Bermakna, anda menabung ke dalam akaun anak anda adalah sebanyak RM800 setahun. berapa jumlah tabungan anak anda selepas 17 tahun dengan kadar pulangan ialah 6% setahun?
Jumlahnya ialah RM22,570.30!

Dengan duit sebanyak itu, anda boleh merancang untuk anak anda..
- Yuran pengajian
- Kos hidup sepanjang anak anda berada di Universiti
- Wang untuk mula hidup secara berdikari

dan sebangainya.. AJAIB kan? Hanya RM50 jer sebulan!
Maka dengan sebab itulah, simpanlah dan tabunglah wang anak anda ke dalam akaun simpanan yang memberikan pulangan yang terbaik untuk masa depan anak anda.
Walaupun nilainya hanya RM10 sekalipun, ia akan  menjadi BESAR dalam jangka masa yang panjang!


Sep 28, 2010

opis...

Hari ni aku baru baru naik kejer setelah bercuti panjang selama 19 hari...kalah cuti kawin.hahaha...ni semua angkara demam lepas raya ari tu.sepatutnya 20hb aku dah kejer...aku ambik cuti rehat 8 hari cuti sakit 3hari.tu pun swasta ajer..malas aku nk ke klinik kerajaan.buat panas jer tunggu lelamer...demam..batuk..selsema..sakit tekak...huhhh azab betul rasanyer demam mcm ni.seminggu cuti pn xblh nk buat ape..

Pagi td dengan penuh semangat aku dtg kejer naik motor...sampai opis mengigil satu badan.sejuk giler..pastu hujan la plak..pastu demam la plak.tapi aku malas nk layan.aku lepak berbual jer..berinternet.nk buat kejer xtau nk mula kat maner..tengahari ade makan2 plak.diaorg buat hari jadi...belasah jerlh.makan nasi beryani lauk kari kambing,lemang dgn rendang ayam..rojak buah...sate kajang...nasi impit..kek...mmg best.tapi aku xle mkn semua tu.selera belum ade sgt lagi(cover)....hahahaha..ape2 pn terima kasih kepada semua yang sudi menjemput saya makan...

manisan2 yang disediakan oleh kaum hawa unit skala besar...berbakat semuanya

sate...lemang-beli kot

rendang ayam - en.ramlan


kek hari jadi - beli kat secret recepies

rojak buah ni buat aje...kalu beli gak taktau la....

SEKIAN......terima kasih semua...

Sep 13, 2010

Selamat Hari Raya...(gerik,perak)

alhamdulillah...cukup sebln kita umat islam berpuasa.harap2 dapat lagi peluang yang sama mcm ni..insyaallah.
dah selesai puasa raya la kita.anak2 kecil la yang paling seronok.semua  segak2 dgn pakaian baru.mak bapak suka tengok anak walaupn poket dah kering...hahahhaa..sama la mcm aku.
tahun ni aku beraya dikampung halaman aku di Kg Ganda Temenggor Gerik,Perak...mmg best.dah 5kali raya aku xblk raya saner..bermalam disana.walaupn tido dlm rumah yang serba kekurangan...terima kasih untuk isteri dan anakku yg boleh menerima keadaan ini..
rumah kampung..tempat aku dilahirkan dan dibesarkan..sekarang rumah ni ditinggalkan kosong setelah pemergian ayah(Allayarham Zainuddin 2/7//02).mak aku telah berhijrah ke ipoh mengikut adik beradik aku yang lain..time raya jerlah kalu nk blk sini pn.niat dihati nk renovate rumah ni.tp bajet belum cukup lagi.rumah ni aku punyer kot.
ni pic aku,wife aku dan ank aku Qistina di pagi hari raya pertama kat rumah family aku kat Gerik.ni la first time aku bawak diaorg bermalam kat sini...tahniah untuk isteriku dapat menyesuaikan diri dgn rumah ku...I Love You sayang..Kenangan beraya dikampung bersama family untuk tahun ni sungguh bermakna bagi diri aku..Alhamdulillah..